NUFF NANG

Friday, April 2, 2010



SAYA CUBA-CUBA TULIS SAMBUNGAN IKLAN NI..SO ENJOY READING :)

THE TREATMENT

Pada suatu petang sehari sebelum hari raya, mak mendapat e-mel daripada anaknya ani yang kini sedang melanjutkan pelajaran di luar negara, adik mengatakan bahawa dia tidak dapat pulang ke kampong untuk menyambut hari raya. Lalu mak berasa amat sedih.

Pada malam hari raya. Ibu sedang duduk tangga rumah sambil memerhatikan amir iaitu abang kepada ani sedang membakar lemang. Ketika sedang membakar lemang, amir melihat raut wajah maknya yang sedih. Tanpa membuang masa amir menghampiri ibunya dan cuba menenangkan maknya yang sedih kerana mengenangkan anak perempuannya yang berada diluar Negara.

Pagi hari raya, di ruang tamu amir bersama adik-adik yang lain bebaris untuk bersalam dan memohon kemaafan dari mak mereka. Tiba semasa mak sedang bersalam dengan adik-beradik yang lain, mak terdengar suara ani. Mak pun keluar rumah dan cuba mencari ani, tapi tiada, tiba-tiba ani mengatakan yang dia berada di dalam rumah. Lalu mak pun masuk kedalam rumah dan mencari adakah ani berada di dalam rumah. Rupa-rupanya ani memang berada di dalam rumah tetapi bukan dalam bentuk reality tapi dalam bentuk digital, dimana ani menggunakan kemudahan computer live camera webcast di internet. Tanpa membuang masa ani pun memohon maaf kepada ibunya.

Selesai saja ani memohon maaf, rakan-rakan ani yang berlainan bangsa dan Negara pula mengucapkan hari raya kepada mak iaitu Bona, remaja lelaki dari Africa, Monaco,remaja perempuan dari jepun dan Alfo remaja perempuan dari perancis.

Kemudian mak sekeluarga menjamu selera dengan juadah hari raya di depan computer sambil diperhatikan oleh ani yang sedang menyambut hari raya bersama rakan-rakan diluar Negara. Kedua-dua meraka menggunakan computer live camera webcast.

Kemeriahan hari raya tetap dirasai walaupun orang yang kita saya berda jauh di mata tapi ianya sentiasa berada dekat di hati.

Selamat hari raya maaf zahir dan batin

_____________________________________________________________________________________


THE SCRIPT

________________________________________________________________________

1. SCENE 1

FADE IN

INT. DI HADAPAN MEJA KOMPUTER DI RUANG TAMU RUMAH – PAGI

Mak mendapat e-mel daripada anaknya ani yang kini sedang melanjutkan pelajaran di luar Negara

ANI ( O.S)

(sayu)

Assalamuailaikum Mak, Mak Ani minta maaf Ani tak dapat balik sebab Minggu ni dekat university Ani ada peperiksaan. Ani minta maaf mak.

Lalu mak berasa amat sedih setelah membaca emel yang dikirimkan oleh ani

END OF SCENE.

2. SCENE 2

FADE IN

EXT.DI HALAMAN RUMAH RUMAH – MALAM

Ibu sedang duduk tangga rumah dalam keadaan yang sedih sambil memerhatikan amir iaitu abang kepada ani sedang membakar lemang.

AMIR

Mak, mak ok ke..kenapa sedih je ni..esok kan dah nak raya

MAK

(Sedih)

Mak teringatkan Ani

AMIR

Sabar mak, kan Ani kata dia minggu ni dia ada exam bukan dia tak nak balik.

Amir cuba menenangkan maknya yang sedih kerana mengenangkan anak perempuannya yang berada diluar Negara.

END OF SCENE

3.SCENE 3

FADE IN

INT. DIRUANG TAMU RUMAH – PAGI

Amir bersama adik-adik yang lain bebaris untuk bersalam dan memohon kemaafan dari mak mereka.

AMIR

Selamat hari raya Mak, Amir minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika Amir pernah buat salah kat Mak. Halalkan semua makan dan minum Amir mak.

MAK

Mak maafkan dan halalkan dunia akhirat.

ADIK

Selamat hari raya mak, nak duit raya ?

MAK

(Ketawa)

Hahaha puasa cukup tak haha

Selasai saja Mak bersalaman dengan adik-adik tiba-tiba mak terdengar suara ani.

END OF SCENE

4.SCENE 4

FADE IN

EXT.DIHALAMAN RUMAH - PAGI

Mak pun keluar ke halaman rumah dan cuba mencari ani

MAK

(gembira)

Ani!!..Ani!!..

Sampai saja dihalaman rumah, ani tidak kelihatan. tiba-tiba ani mengatakan yang dia berada di dalam rumah.

ANI

Mak, ani ada kat sini mak dekat dalam rumah.

Lalu mak pun masuk kedalam rumah dan mencari ani yang berada di dalam rumah.

END OF SCENE

5.SCENE 5

FADE IN

INT.DIRUANG TAMU RUMAH-PAGI

ani memang berada di dalam rumah tetapi bukan dalam bentuk reality tapi dalam bentuk digital iaitu menerusi web cam.

ANI

Selamat hari raya mak, ani nak minta ampun dari mak, halalkan segala makan dan minum ani ye mak.

MAK

(menangis)

Mak ampunkan ani

ANI

Terima kasih mak

Selesai saja ani memohon maaf, rakan-rakan ani yang berlainan bangsa dan Negara pula mengucapkan hari raya kepada mak .

BONA,MONAKO & ALFO

(gembira)

Hello aunty how are you haha..sir lump mad hurry rear year haha

ANI

(terkejut)

Ani diorang ni sape

ANI

(gembira)

Ni la keluarga ani kat sini mak..bukan diorang je..cuba tengok belakang ni

KAWAN-KAWAN ANI

Hello aunty..

MAK

(terkejut & gembira)

Hello..

Mak lalu berasa gembira, kerana Ani berada dalam keadaan yang selamat di luar Negara

END OF SCENE

6.SCENE 6

FADE IN

INT.DIHADAPAN MEJA KOMPUTER-PAGI

Kemudian mak sekeluarga menjamu selera dengan juadah hari raya di depan computer sambil diperhatikan oleh ani yang sedang menyambut hari raya bersama rakan-rakan diluar Negara. Kedua-dua meraka menggunakan computer live camera webcast. Kemeriahan hari raya tetap dirasai walaupun orang yang kita saya berda jauh di mata tapi ianya sentiasa berada dekat di hati.

END OF SCENE