NUFF NANG

Thursday, June 3, 2010

DATANG DARI JAUH, IDEA DIPERTARUH,DENGAN IMPIAN UNTUK BERJAYA






Jumaat 28 Mei 2010 & Sabtu 29 Mei 2010, aku pergi ke kota kuala lumpur seorang diri aku dengan duit poket aku sendiri yang aku kumpul. untuk membuat satu pembentangan idea aku untuk Merdeka Video Competition di UPM serdang. Idea yang aku pertaruhkan ialah iklan PSA – “10 Tahun Akan Datang”. Aku tidak Berjaya melayakkan diri aku final, aku hanya Berjaya di peringkat semi final sahaja dan Berjaya meletakkan karya aku sebagai antara 50 karya terbaik yang terpilih untuk peringkat super pitch (semi final) dari 180 penyertaan yang masuk bertanding dari seluruh malaysia , tapi aku berasa puas kerana aku Berjaya membawa idea aku keluar dari kawasan aku dan menjualnya di luar bersama peserta-peserta yang begitu hebat dari ASWARA UITM UPM & ETC. walaupun tak Berjaya, aku akan tetap hasilkan juga benda ni, aku taknak benda ni mati macam tu saja. disini aku sertakan juga idea aku bacaan semua.

© MAVIC 2010,MUHAMAD TAUFIK BIN KAMARUDIN

SINOPSIS – 10 TAHUN AKAN DATANG

Video Pengumuman Khidmat Awam merdeka "10 Tahun Akan Datang" ialah merupakan video yang masih lagi dalam konteks tema "aku dan merdeka". Video Pengumuman Khidmat Awam ini akan menghimpunkan beberapa pandangan para pelajar sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum tentang impian hidup mereka untuk jangka masa sepuluh tahun akan datang menerusi pelbagai aspek seperti kehidupan, pekerjaan, pembelajaran dan sebagainya. Hal ini bersesuaian tentang tujuan video ini untuk mengetahui siapa diri pelajar dan di mana mereka berada dalam jangka masa sepuluh tahun akan datang.

Motif saya menggunakan pelajar sekolah kerana pada pandangan saya mereka merupakan insan yang belum lagi melangkah ke alam Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan alam pekerjaan. Selain itu, fikiran mereka juga masih lagi bersih kerana misi mereka ke sekolah hanya untuk belajar dan berkawan. Mereka juga merupakan bakal perintis ke arah untuk memertabatkan maruah negara kerana mereka mempunyai impian yang amat berfeadah untuk negara.

Di samping itu, saya memilih tajuk "10 Tahun Akan Datang" kerana pada masa sepuluh tahun akan datang Malaysia mencapai matlamat wawasan 2020 iaitu wawasan yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad. Beliau pernah menyatakan bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara yangmaju dan berdaya saing pada tahun 2020. Oleh itu, saya cuba mengambil ilham tersebut dan menggarapkannya semula menjadi lebih dekat pada kehidupan disekeliling kita.

Selain itu, setiap pandangan yang terdapat dalam video Pengumuman Khidmat awam ini membawa maksud yang tersirat dan perlu difikirkan. Sebagai contoh, setiap ibu bapa menyarankan anak mereka bekerja dengan sektor kerajaan kerana lebih terjamin. Juga, seorang wanita selalunya akan berkahwin awal untuk mengelakkan masalah andalusia atau andartu. Kadangkala kaum wanita dan lelaki lebih mementingkan kerjaya daripada hal lain dan suka memilih pekerjaan yang mempunyai kelas dan taraf tersendiri tanpa memikirkan kesannya nanti. Oleh yang demikian, hal ini jelas menunjukkan bahawa kita sudah mempunyai pelbagai persediaan untuk menghadapi kehidupan pada masa hadapan.

Kesimpulannya, semua orang mempunyai impian dan visi dalam hidup untuk sepuluh tahun akan datang tetapi kita juga harus fikirkan apa yang berlaku pada Malaysia dalam jangka masa 10 tahun akan datang. Mampukah kita untuk mencapai wawasan 2020. Moralnya, Sebagai seorang rakyat yang merdeka kita harus merancang kehidupan kita sejak dari awal lagi agar kita menjadi insan yang berjaya di masa akan datang. Begitu juga dengan negara kita Malaysia, kita harus menjadikannya sebagai sebuah negara yang produktif di masa akan datang dan berusaha mencapai matlamat wawasan 2020.

Disini, saya ingin menyatakan bahawa idea Video Pengumuman Khidmat awam merdeka "10 Tahun Akan Datang" ini merupakan 100% idea dan cerita saya dan saya tidak mencuri mana-mana idea yang sedia ada di pasaran. Idea ini juga sesuai untuk dijadikan iklan merdeka bagi tahun 2010. Sebagai rakyat malaysia kita perlukan perubahan dan bersedia untuk mencapai matlamat wawasan 2020 untuk sepuluh tahun akan datang bermula dari sekarang.

© MAVIC 2010,MUHAMAD TAUFIK BIN KAMARUDIN


Disini aku juga letakkan beberapa gambar sewaktu majlis tersebut