NUFF NANG

Tuesday, August 18, 2009

Puisi Larut Malam : " Kita"

Kisah antara kita tiada punghujungnya

Walaupun kisah kita selalu dilanda bencana

Tapi kisah kita tetap utuh seperti dulu

Kasih sayang kita berdua tiada penhujungnya

Kerna kita adalah Satu

Satu-satunya impian kita

Adalah untuk bersama

Kita bersama melangkah ke gerbang yang kita impikan

Alam dunia yang indah ciptaan yang maha esa

Andai hati ini bisa berbisik ke hatimu

Akan ku katakan bahawa kau adalah untukmu

Akan ku cuba bahagiakankanmu indah persona dihatiku

Seperti luna yang sentiasa bersinar dikala malam menyinsing tiba

Disaat itu ku luahkan rasa cintaku padamu

Rasa cinta suci yang pendam selama ini

Rasa cinta dan kasih kepada yang tiada bandingan

Buatmu sayang…..

dari thawfiquez

1 August 2009 Friday

1.17 am

Puisi Larut Malam : " Menunggumu"

Aku rela menunggumu hingga akhir hayatku

Aku ingin luahkan padamu bahawa aku amat menyayangimu

Aku tahu mungkin aku bukan pilihan hatimu

Atau mungkin aku memang tiada harapan untuk memilikkimu

Aku tak kisah dengan itu semua

Aku mahu kau tahu

Aku sentiasa menunggumu

Sentiasa menunggu dikala rintik hujan jatuh satu persatu

Aku sentiasa rindukan hilai gelak tawamu

Aku ingin berhadapan dengan mu

Melihat senyumanmu yang menjadi pengubat luka ku

Melihat gelagatmu yang sentiasa meriangkan ku

Maafkan aku jika bicara ku mengganggu jiwamu

Tapi bicara ku inilah yang menjadi pengganti diriku ini

Bicara tentang rasa cinta padamu

Aku akan sentiasa berdiri disini

Menemanimu dikala sepi

Meriangkan hatimu dikalau sedih

Menjadi temanmu yang terbaik

Aku akan sentiasa berdiri disini

Berdiri menantimu

Untuk selamanya



dari thawfiquez

20 Julai 2009

11:35 pm

Puisi Larut Malam : " Perlu Kamu"

Waktu ini waktu sepi

Aku ingin bercerita denganmu

Cerita hati yang ingin aku akhiri noktahnya

Ingin aku tahu cerita hatimu

Untuk aku mudah mengenali mu dengan sedalamnya

Kerna aku menyayangimu

Aku tak ingin kehilangan dirimu

Ini janji keramatku padamu

Aku akan sentiasa membelaimu

Aku akan temanmu ketika bersedih

Aku akan menggembirakanmu disaat riang

Kerna aku perlu kamu

Aku rindu dan aku perlu dirimu



dari Thawfiquez

13 ogos 2008

1.30 am

KAD RAYA HANIM UNTUK HALIM ( TREATMENT )



this is my script for tv commercial..i think i want this commercial suitable for Pos Malaysia..because saya belum pernah tengok lagi iklan hari raya dari Pos Malaysia..

_________________________________________________________________________________________________

KAD RAYA HANIM UNTUK HALIM

Kisah ini bermula di sebuah sekolah, Halim merupakan seorang pelajar lelaki yang amat meminati seorang pelajar perempuan bernama Hanim baru sahaja berpindah ke sekolahnya. Kebetulan musim itu merupakan musim hari raya ,Halim terus menulis dan mengepos kad raya kepada hanim. Setiap hari, halim selalu menunggu posmen di depan rumahnya, dengan harapan untuk menerima kad balasan hari raya dari hanim, tapi malangnya tidak ada satu pun kad hari raya untuknya melainkan hari raya untuk kakaknya sahaja.

Keesokkannya pula, halim ke sekolahnya dan disana dia mendapati bahawa Hanim sudah berpindah sekolah dan tempat tinggal . Nasib Halim amat bertuah kerana semasa hanim berpindah, hanim ada meninggalkan sesuatu benda kepada rakannya supaya agar diberi kepada halim, benda itu ialah alamat tempat tinggal hanim yang baru. Dengan alamat halim terus menulis dan mengepos kad raya kepada hanim, Setiap hari, halim terus menunggu posmen di depan rumahnya, dengan harapan untuk menerima kad balasan hari raya dari hanim, tapi malangnya malangya hanim tidak membalas kad raya raya halim.

10 tahun kemudian, seorang posmen wanita telah datang ke rumah halim dan menghantar satu bungkusan kepada halim, lalu halim pun menerima dan membuka bungkusan tersebut di dalam rumahnya. Rupanya bungkusan tersebut tersebut datangnya daripada Hanim dimana dalam bungkusan tersebut mengandungi semua kad hari raya yang pernah dipos oleh halim kepada hanim, Halim begitu sedih dan hairan sekali mengapa Hanim berbuat begitu padanya. Tiba-tiba Halim berasa pelik mengapa posmen wanita tersebut datang kembali ke rumahnya, halim berasa amat curiga, lalu halim keluar dari rumahnya dan terus pergi berjumpa posmen tersebut. Bila halim berjumpa posmen wanita tersebut, posmen wanita itu memberi satu kad hari raya dan meminta halim membuka dan membaca kad raya tersebut, tanpa membuang masa halim terus membuka dan membaca kad raya tersebut dan tiba-tiba riak wajah halim yang sebentar menjadi sedih tiba-tiba bertukar menjadi gembira kerana kad raya merupakan kad raya kiriman Hanim kepadanya . Tiba-tiba posmen wanita itu terus membuka topi keledar dan memperkenalkan dirinya kepada halim. Halim terus terkejut apabila posmen wanita tersebut memberitahu kepada halim yang dia adalah Hanim, budak perempuan yang halim minati semasa di zaman sekolah dahulu. Setelah kejadian itu mereka terus berbual panjang dan ketawa mendengar kisah masing-masing yang dihadapi mereka semasa sekolah dahulu.



p/s : sesuai tak untuk Iklan Hari raya Pos Malaysia

KAD RAYA HANIM UNTUK HALIM ( SCRIPT )

1. FADE IN

2. INT.SEKOLAH-KELAS BAHASA INGGERIS TEACHER SIVANESWARY– PAGI

Musim ini merupakan musim umat islam berpuasa dan Kelas berikutnya pada pagi adalah merupakan kelas bahasa inggeris yang dikendalikan oleh Teacher Sivaneswary guru bahasa inggeris yang paling ditakuti oleh semua pelajar. Semasa Teacher Sivaneswary masuk ke dalam kelas Teacher Sivaneswary datang membawa seorang pelajar baru iaitu pelajar perempuan.

KETUA KELAS

Stand up class. Good Morning Teacher

SEMUA PELAJAR

Good Morning Teacher.

TEACHER SIVANESWARY

Good Morning To all of you, you guys can sit down now. Alright, we have a new female student in our class her name Hanim. Haniw could you please Introduce yourself to all the student

HANIM

Assalamuailaikum nama saya..

TEACHER SIVANESWARY

(marah)

Hanim stop!. This class is English speaking zone, so please introduce in English!

HANIM

(takut)

My name is Hanim Binti Harun, before I came here, I stayed at Bukit Mertajam Pulau Pinang. My previous school is Sekolah Menengah Kebangsaan Permai Indah.

TEACHER SIVANESWARY

Okay thank you Hanim, so can you sit beside Chi Yin. Chi Yin could you please put down your beg.

CHI YIN

Sorry Teacher. Hai Hanim, my name is Chi Yin, nice to meet you.

Ketika di dalam kelas halim berasa mat gembira sekali, kerana hanim duduk di depan tempat duduknya.

3. END OF SCENE

________________________________________________________________________________________

4. FADE IN


5. INT. RUMAH HALIM-BILIK HALIM – MALAM

Pada malam itu, halim telah menulis satu kad hari raya kepada hanim. Apabila habis saja halim kad hari raya tersebut, halim menyembutkan sedikit minyak wangi keatas tersebut dan kemudian Halim memasukan kad raya tersebut ke dalam sampulnya.

6. END OF SCENE

________________________________________________________________________________________

7. FADE IN


8. EXT. PEJABAT POS – PAGI

Pada hari itu, halim pergi pejabat pos yang berdekatan dengan rumahnya untuk mengepos kad hari raya kepada hanim.

9. END OF SCENE

_______________________________________________________________________________________

10. FADE IN


11. EXT. DI KAWASAN HALAMAN RUMAH HALIM – PAGI

Setiap hari, halim selalu menunggu posmen di depan rumahnya, dengan harapan untuk menerima kad balasan hari raya dari hanim sehinggalah pada suatu hari ada seorang posmen datang ke rumahnya menghantar kad raya.

POSMEN

Assalamuailaikum Adik

HALIM

Walaikumsalam bang, wah banyak kad raya dalam raga motor tu

POSMEN

Wah biasalah musim, raya ni alamat rumah ni betul ke ni no 50 jalan sepat, betul kan

HALIM

Ha ya betulla alamat tu, bang kad raya untuk saya ade tak

POSMEN

Ade relax okay, ha nah ambik

HALIM

Thank you bang, ha kad raya, tapi, Halida binti Hashim, la ni kad untuk kak aku rupanye..kakak kad!!

Halim berasa amat sedih sekali kerana dia tidak kad balasan hari raya daripada hanim kepada dirinya, melainkan hari raya untuk kakaknya sahaja.

12. END OF SCENE

__________________________________________________________________________________________

13. FADE IN

14. EXT. DIKAWASAN HALAMAN LUAR RUMAH HALIM – PAGI

10 tahun kemudian,Halim kini sudah pun berusia 24 tahun dan masih lagi bujang, pada pagi yang cerah, datanglah seorang seorang posmen wanita telah datang ke rumah halim dan menghantar satu bungkusan kepada halim. Sampai saja di hadapan rumah halim posmen wanita tersebut terus memberikan sebanyak 3 kali.lalu halim pun keluar mengambil bungkusan tersebut.

POSMEN

Assalamuailaikum Encik, ni ada satu bungkusan untuk encik

HALIM

Walaikumsalam, oh bungkusan terima kasih

Tanpa membuang masa posmen wanita tersebut terus meninggalkan rumah halim.

HALIM

Hai dunia dah terbalik agaknye, huh perempuan keje posmen, huh dunia, dunia. Hmm bungkusan ape ni, ha nama pengirim Hanim bin Hashim, alamak dari dialah

Tanpa membuang masa halim terus masuk ke dalam rumahnya dan membuka bungkusan yang dikirim oleh hanim tersebut. Setelah membuka bungkusan bungkusan tersebut halim mendapati bahawa bungkusan sebenarnya mengandungi semua kad raya yang pernah diposkan olehnya kepada Hanim. Halim begitu sedih dan hairan sekali mengapa Hanim berbuat begitu padanya.

HALIM (V.O)

(sedih)

Kenapa Hanim buat macam ni


Beberapa minit kemudian mengapa posmen wanita tersebut datang kembali ke rumahnya, halim berasa amat curiga, lalu halim keluar dari rumahnya dan terus pergi berjumpa posmen tersebut.

HALIM

Ada ape cik, ada surat lagi ke ?

POSMEN

Ha ada lagi satu saya lupa nak bagi tadi, ha nak

HALIM

Kad raya

POSMEN

Encik, minta tolong sikit, kalau boleh Encik boleh tak buka dan baca kad tu sekarang

HALIM

Apasal

POSMEN

Takde ape buka je

tanpa membuang masa halim terus membuka dan membaca kad raya tersebut dan tiba-tiba riak wajah halim yang sebentar menjadi sedih tiba-tiba bertukar menjadi gembira kerana kad raya merupakan kad raya kiriman Hanim kepadanya. Tiba-tiba posmen wanita itu terus membuka topi keledar dan memperkenalkan dirinya kepada halim. Halim terus terkejut apabila posmen wanita tersebut memberitahu kepada halim yang dia adalah Hanim, budak perempuan yang halim minati semasa di zaman sekolah dahulu.

POSMEN

Assalamuailaikum Halim

HALIM

(gembira)

Eh ni hanim kan

POSMEN

Ye saya Hanim, sori ye sebab tak balas kad awak

HALIM

Hanim, hey, Tanya sikit, apasal awak keje posmen ni

POSMEN

Kenapa perempuan tak boleh keje macam lelaki ke.

Setelah kejadian itu mereka terus berbual panjang dan ketawa mendengar kisah masing-masing yang dihadapi mereka semasa sekolah dahulu.

END OF SCENES







P/S : Sesuai tak untuk iklan raya pos malaysia