NUFF NANG

Thursday, August 6, 2009

MY MATHS TEACHER ( THE SCRIPT )

MY MATHS TEACHER

By

Taufik Kamarudin

1. FADE IN

2. INT.KELAS MATEMATIK CIKGU SITI – PAGI

Semasa di sekolah saya merupakan pelajar yang selalu membuat sesuatu yang boleh membuat ibubapa dan guru-guru saya berasa bangga terhadap saya dan saya juga merupakan pelajar yang selalu mendapat markah yang tercorot dalam subjek matematik, sehinggalah cikgu matematik iaitu cikgu siti mulai memandang rendah kepada saya dihadapan rakan. Sehinggakan saya menyimpan perasaan marah kepada cikgu siti.

Cikgu Siti

(marah)

Apa kena ngan hang ni, hang tengok member-member rapat hang depa punya maths bagus sikit dari hang. Cikgu tak tau otak hang ni kat mana. Awatla hang ni tak macam depa.

Taufik ( O.S )

(tergamam dan hampa, yang ketika itu sedang berdiri di hadapan cikgu siti semasa di dalam kelas dan di saksikan oleh rakan-rakan sekelas)

3.END OF SCENE

4. FADE IN

5. EXT.RUANG HADAPAN PEJABAT SEKOLAH - PAGI

Apabila tamat saja spm, saya dan rakan-rakan melanjutkan pelajaran ke ipt. Semasa 2 tahun di ipt, ketika saya berada di dalam bilik kuliah ,saya mendapat sms dari sahabat saya,Muazmer. Muazmer mengajak saya dan rakan-rakan yang lain mengajak saya ke sekolah untuk bertemu guru-guru kami. Sampai saja disekolah saya dan rakan-rakan bertemu dengan guru-guru kami termasuklah cikgu siti , cikgu matematik yang saya marah itu. Saya melihat cikgu siti lebih rancak berbual mesra dengan rakan-rakan saya lain berbanding dengan saya kerana kawan-kawan saya kerana mungkin merupakan pelajar dari IPTA dan saya pula pelajar dari IPTS,kerana ketika zaman itu pelajar yang datang dari IPTA lebih dipandang oleh masyarakat berbanding pelajar-pelajar IPTS seperti saya atau mungkin jurusan mereka lebih mereka lebih menarik daripada jurusan saya.

Cikgu

(sombong)

Ha yang si taufik tu mai buat apa pula

Taufik

Saya datang just temankan depa je cikgu

Sebenarnya dalam hati saya ketika itu datang adalah untuk bertemu dengan cikgu matematik saya dimana ketika itu saya ingin bagitahu cikgu yang saya sudah Berjaya di ipt dimana saya juga turut membawa slip peperiksaan ipt yang saya simpan di dalam poket seluar. Saya fikir ketika itu mungkin cara perbualan cikgu terhadap saya sudah berubah padahalnya ianya masih seperti dulu, sentiasa bersifat bercakap kasar dengan saya lalu saya terus membatalkan niat saya untuk memberitahunya tentang kejayaan saya di ipts yang saya menuntut.

5. END OF SCENE

6. FADE IN

7. INT.RUANG TAMU - MALAM

12 tahun kemudian. Kini saya sudah melangkah ke alam pekerjaan. Kini saya sudah Berjaya mencapai cita-cita saya iaitu kini saya telah menjadi seorang pengarah eksekutif di salah sebuah firma pengiklanan yang paling berpengaruh di malaysia .suatu malam Saya berchatting dengan rakan saya humairah ,dia mengajak saya bersama rakan-rakan yang lain ke rumah cikgu siti untuk berhari raya tapi ketika perasaan saya menjadi berat untuk mengikut kawan. Saya membalas chatting saya kepada humairah dan saya meminta nombor telefon dan alamat rumah cikgu siti daripada humairah. Beberapa minit kemudian humairah member I nombor telefon dan alamat cikgu siti. Tanpa membuang masa , saya cuba menelefon cikgu matematik saya dengan niat untuk menanyakan khabar.

Cikgu

Assalamuailaikum..hello sapa tu…

semasa di talian telaefon ,kedengar suara seorang wanita tua menjawab panggilan tersebut. tapi saya tidak mejawab lalu saya terus meletakan ganggang telefon. Kerana saya tahu itu mungkin suara cikgu. Saya mulai berasa segan untuk berbual dengannya.

8.END OF SCENE

9.FADE IN

10. INT.RUMAH CIKGU SITI – TENGAH HARI

Hari raya telah pun tiba. Kawan-kawan saya seperti muazmer,rohaizad, uzairah, naimmah dan humairah telah pun pergi berkunjung ke rumah cikgu. Cuma saya sahaja yang tidak pergi. Sewaktu dirumah cikgu siti, ketika rakan-rakan sedang menjamah nasi briyani, cikgu siti bertanya sesuatu tentang saya kepada rakan-rakan, kenapa saya tidak datang bersama mereka.

Cikgu

Ni cikgu nak Tanya..ni kawan hampa yang nama taufik tu mana..dia tak mai ka..apa habar ngan dia lani..sihat ke dia..

Humairah

Hmm..entahla kami dah pun bagitau dia,tapi entahla..dia nak mai ke tak..

Naimmah

Biasalah jawatan diakan lagi dari kita mana ada masa nak mai..nak jumpa dia sekarang ni pun nak kena appointment ngan setiausaha dia dulu..

Cikgu

(ketawa)

Ha tu ka..macam mana boleh jadi macam tu..hmm..ha muazmer makan makan tambah nasi tu rohaizad

10.FADE IN

11. INT.RUMAH CIKGU SITI – TENGAH HARI

Tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki memberi salam dihadapan rumah cikgu siti. Tanpa membuang masa cikgu siti terus ke hadapan rumahnya untuk melihat siapa yang datang.

Taufik

Assalamuailaikum

Cikgu

Walaikumsalam..ya encik ni nak cari sapa..wah lawa kereta cik ni

Taufik

Cikgu tak kenal saya cikgu..saya taufik cikgu..student cikgu yang selalu markah dia corot dalam maths

Cikgu

(sedih & gembira)

La ni taufik ka ..awat hang lama tak mai jumpa cikgu..cikgu rindu nak jumpa hang..

Taufik

(sedih)

Maafkan saya, sebab lama tak jumpa cikgu, selamat hari raya cikgu..halalkan segala ilmu yang cikgu penah ajar kat saya masa sekolah..maafkan saya cikgu, sebab saya selalu dapat corot dalam maths masa sekolah dulu.

Cikgu

(sedih)

Cikgu pun minta maafkan kat taufik juga, sebab cikgu selalu marah-marah taufik dulu, tapi cikgu marah taufik untuk kebaikkan taufik juga. Cikgu lebih suka marah taufik dapat markah corot dalam ujian daripada cikgu gelak tengok hidup taufik corot sepanjang masa..ha sudah mai masuk mai..kawan kawan semua ada dalam mai, makan nasi briyani cikgu buat harini..

Taufik

(gembira)

Wah nasi briyani..hmm lama saya tak makan nasi briyani..

Cikgu

(gembira)

Ha jom cepat masuk, satgi tak pasai-pasai muazmer & rohaizad perabis nasi tu..mai masuk rumah cikgu..

Disana airmata saya mengalir, melihat cikgu saya, saya tidak sangka,cikgu masih lagi ingat saya. Kerana sindiran dialah saya kini telah Berjaya, tanpa sindiran dia entahlah apa akan jadi pada saya pada hari ini. Sejauh mana saya pergi semakin dekat ingatan saya dengan mereka yang terdekat dengan saya.



1 comment:

  1. Dik,first of all title pls change to full malay coz ur script is in Malay,jadi harus ditukar kepada 'CIKGU MATEMATIK SAYA' cth la kan.Second is,after title of the scene harus ditukar kepada watak tersebut,bukan saya.cth,
    1. FADE IN

    2. INT.KELAS MATEMATIK CIKGU SITI – PAGI

    Semasa di sekolah saya merupakan pelajar yang selalu membuat sesuatu yang boleh membuat ibubapa dan guru-guru saya berasa bangga terhadap saya dan saya juga merupakan pelajar yang selalu mendapat markah yang tercorot dalam subjek matematik, sehinggalah cikgu matematik iaitu cikgu siti mulai memandang rendah kepada saya dihadapan rakan. Sehinggakan saya menyimpan perasaan marah kepada cikgu siti.

    tidak perlu penjelasan yang sebegini panjang kerana skrip merupakan adegan yang perlu divisualkan.jadi ayat ayat harus menjadi perlakuan.penerangan panjang begini perlu ditukar kepada,

    Suasana di dalam kelas,para pelajar sedang sibuk mentelaah pelajaran dan mendengar Cikgu Siti bercakap di depan.

    ...maksud sis di sini,sebagai penulis skrip kita harus menulisnya dalam medium skrip,dengan ayat yang ringkas,padat dan bukan novel.Sis juga masih blaja dan ditegur oleh penulis skrip profesional untuk meminimakan penjelasan2 panjang sebegini,untuk transformkan dalam bentuk skrip.kerana kamera tidak bisa menvisualkan bahasa,contoh 'angin sepoi2 bahasa'..haha...mcm mana kamera nk buat..

    pls go to zainikosnin.blogspot.com dan lihat entry2 dia dalam panduan penulisan skrip.di situ kita dapat belajar banyak,ok.dan kita masih sama2 blaja..:-)

    ReplyDelete