NUFF NANG

Thursday, August 6, 2009

BACK TO OLD SCHOOL

Salam kepada semua. So the first story yang saya capture adalah story saya dan rakan-rakan semasa kami membuat lawatan ke sekolah lama kami iaitu SMK Permai Indah… “Smk Permai Indah sekolah unggul”..hahahaha itulah sebaris lagu anthem sekolah kami..smk permai indah sekolah unggul bak kata mendiang Mr Ooi Poh Cai, guru sains aku “ huh unggul, unggul….!!!!” hahahahaha..aku masih ingat lagi kata-kata tu sampai sekarang. Okay stop lets sambung balik cerita. Pada pagi itu aku datang sekolah tepat pada pukul 9.30am, sampai saja disana aku lihat muazmer dan faisal sudah pun berdiri tegak menunggu di hadapan pintu pagar sekolah.

Acara dimulakan dengan upacara mengambil sijil spm. Kemudian setelah tamat upacara mengambil sijil, faisal dah balik sebab dia organize trip untuk kos dia..yerla budak tourism..okay setelah faisal menginjap kakinya keluar dari smk permai indah, aku dan muazmer pun menunggulah 3 orang lagi rakan kami iaitu Humairah yang mirip seperti Miss Nadia, Uzairah yang mirip seperti Miss Aini dan Naimmah yang mirip Miss Hazimah. Akhirnya setelah setengah jam aku dan muazmer mununggu mereka, akhirnya mereka muncul jua akhirnya datang dengan berbekalkan perasaan ingin berjumpa dengan sahabat lama dan dihiasi dengan senyuman manis mereka yang bisa mencair hati para pria yang melihat mereka.

uzairah, humairah & naimmah

Babak pertama biasalah bila kita jumpa sahabat lama, dimulakan dengan dialog-dialog seperti “ assalamuailaikum, hai apa cer sihat, cuti sem ke harini, dan sebaganyai. Bila bertemu rakan-rakan lama ku hati ku mula terusik untuk menintiskan airmata, entah mengapa tiba-tiba ku rasa jiwa yang dahulunya kosong dah akhirnya kembali ceria bila dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat lama ku.

Taufik, Naimmah & Muazmer

Babak kedua pula, kami berlima pun berjumpala dengan guru-guru kami yang dahulunya pernah menyuapkan kami dengan nasi dan lauk yang berkhasiat. Aku terharu bila cikgu siti aishah my favourite English teacher selepas miss lini berkata yang dia dan guru-guru yang lain amat merindui kami especially aku dan muazmer lah yang cikgu-cikgu paling rindu sebab kami ni dulu merupakan antara calon anugerah pelajar paling popular smk permai indah. Muazmer mewakilli kategori kawad KRS dan aku mewakilli kategori persembahan pentas.


cikgu hasiah

Babak ketiga, babak makan, kami pun memulakan babak tersebut dengan meminta cikgu hasiah melakukan scene memotong kek..camera rolling..silent on the set..and action...upacara memotong kek pun disempurnakan.

Klimaks dia pula adalah, Berbagai-bagai kisah yang menarik berlaku di bilik kaunseling especially bila semua cikgu kata “bila you all nak kahwin, datangla jemput kami” hehehehehehehehe.. kami berlima naik ke tingkat atas, untuk menuju ke bilik guru yang menjadi tempat persinggahan kami semasa disekolah untuk berjumpa guru dan meminta guru mengajar balik apa yang telah diajar sewaktu di kelas.

Ending, after sembahyang Jumaat aku dan muazmer terus menuju ke Pizza Hut Autocity untuk menjamu selera bersama teman-teman seperjuanganku semasa di smk permai indah. Disana, kami bercerita mengenai kisah suka dukua masing-masing selepas keluar daripada sekolah. After makan aku ikut my frenz pegi al-ikhsan shopping with all the gurls & boys. Selepas pulang dari al-ikhsan kami terus menuju ke autocity sekali lagi kerana motor lagenda aku ada disana, semasa disana kami berlima sempat bergambar di sekitar shopping park di autocity. Aktiviti akhir aku dan muazmer terpaksa pulang dan meninggalkan wanita-wanita jelita itu disana. Goodbye!! gurls

the five of us

p/s : miss lini, miss nadia, miss aini & miss hazimah sebenarnya adalah lecturers aku semasa aku menuntut ilmu bahasa dari negeri atas angin sewaktu di pulau pinang dahulu…

Semasa disana aku telah Berjaya menjumpai sebuah cerita, lalu aku tangkap cerita tersebut dan aku gerakan cerita tersebut bila mengikut apa yang aku gambarkan.




No comments:

Post a Comment