Aku rela menunggumu hingga akhir hayatku
Aku ingin luahkan padamu bahawa aku amat menyayangimu
Aku tahu mungkin aku bukan pilihan hatimu
Atau mungkin aku memang tiada harapan untuk memilikkimu
Aku tak kisah dengan itu semua
Aku mahu kau tahu
Aku sentiasa menunggumu
Sentiasa menunggu dikala rintik hujan jatuh satu persatu
Aku sentiasa rindukan hilai gelak tawamu
Aku ingin berhadapan dengan mu
Melihat senyumanmu yang menjadi pengubat luka ku
Melihat gelagatmu yang sentiasa meriangkan ku
Maafkan aku jika bicara ku mengganggu jiwamu
Tapi bicara ku inilah yang menjadi pengganti diriku ini
Bicara tentang rasa cinta padamu
Aku akan sentiasa berdiri disini
Menemanimu dikala sepi
Meriangkan hatimu dikalau sedih
Menjadi temanmu yang terbaik
Aku akan sentiasa berdiri disini
Berdiri menantimu
Untuk selamanya
dari thawfiquez
20 Julai 2009
11:35 pm
No comments:
Post a Comment