NUFF NANG

Friday, August 14, 2009

"BUDAK LORONG" or "BUDAK ZAMAN SEKARANG




Budak lorong merupakan sebuah kisah yang menceritakan tentang kehidupan 5 individu yang berbeza yang mempunyai kisah & masalah hidup masing-masing yang berbeza iaitu Razif, Zain, Azam, Reen & Zizi. Kelima-lima individu berasal daripada satu kawasan penempatan setinggan yang terletak di sebuah ibu kota yang besar. Di kawasan tempat tinggal mereka ada satu lorong yang selalu menjadi jalan laluan penting dan laluan harian yang sering digunakan oleh mereka dan orang ramai untuk ke tempat kerja, ke sekolah dan sebagainya lagi, dimana lorong tersebut menjadi penghubung antara kawasan penempatan mereka dengan jalan besar. Di lorong tersebut jugala kelima-lima karakter cerita ini sering bertembung antara satu sama lain. Motif yang saya ingin sampai disini adalah, pernahkah kita terfikir mengapa seseorang itu menjadi jahat dan mengapa seseorang itu melakukan kejahatan.


Pub

Razif ataupun Jeff, Budak lelaki berusia dua puluh satu tahun.Waktu Siang beliau belajar di salah sebuah ipt dan malamnya pula bekerja di Pub sebagai Bar Attendent/Pelayan . Razif bekerja di Pub sebab Razif hendak membayar yuran segala yuran dan membeli buku yang digunakannya semasa di kolej, Walaupun Razif merupakan pekerja Pub tapi dia adalah orang yang arif tentang agama,Dahulunya Razif adalah dari golongan orang yang kaya jugalah tapi Razif jenis tak berlagak dan tidak menunjuk-nunjuk malah razif Selalu Bantu kawan-kawan yang memerlukan wang walaupun dia juga memerlukan wang. Kini disebabkan penceraian Ibu Bapa Razif, Razif tinggal bersama dengan ibunya dan adik perempuannya di satu kawasan penempatan setinggan, Razif merupakan anak tunggal. Punca Ibu & Bapa Razif berpisah adalah kerana Ibu Razif baru mendapat tahu bahawa bapa Razif telah menjalankan perniagaan ceti haram dan dadah sebagai sumber pendapatan keluarga mereka. Di kawasan penempatan setinggan tersebut Razif Teringin nak pergi sembahyang di masjid tapi dia Tak pergi sembahyang di masjid sebab sesetengah orang masjid selalu pandang serong kat dia sebab dia kerja kat pub dan bapanya pula merupakan seorang yang paling dibenci masyarakat.. Tapi kenapa ? orang yang kerja pub tak boleh ke pergi sembahayang kat masjid? Salah ke? Dia pun umat Allah.


RACING

Zain, Budak lelaki, berusia dalam lingkungan 20 tahun, bekerja sebagai seorang mat despatch, di sebuah firma guamam swasta. Pada sebelah malamnya zain kerap terlibat dengan aktiviti lumba haram. Zain mempunyai satu dendam dimana dia amat bencikan seorang Personality wanita TV, Personality wanita tersebut sering memperlekehkan golongan-golongan mat-mat motor dari kelas bawahan di dalam rancangannya dengan menggelarkan golongan tersebut sebagai anjing jalan raya. Pada suatu malam ketika dia merempit di suatu kawasan yang sunyi, secara tidak sengaja Zain terlibat dalam satu kemalangan diantara motosikal yang dibonceng dengan sebuah kereta milik seorang Personality Wanita TV yang zain amat bencikan itu,. Tanpa membuang masa Zain menggunakan masa dan kejadian tersebut untuk melepaskan dendamnya terhadap Personality Wanita TV tersebut, dengan cara menculik personality wanita tersebut dan membawanya pulang ke Rumah Zain sendiri di satu kawasan penempatan setinggan. Di rumah zain, zain cuba menyedarkan personality wanita tersebut dengan kehidupan masyarakat kelas bawahan sepertinya.


CILOK

Azam, seorang budak sekolah menengah yang berusia 17 tahun. Azam mempunyai raut wajah dan gaya yang agak nerd . Walaupu Azam agak nerd tapi azam gemar melakukan aktiviti menyelok saku, di sekitar kawasan pondok perhentian bas dan di sekitar kawasan stesen LRT ketika dia dalam perjalanan pulang daripada sekolah. Azam sering terselamat terutama sekali ketika dia melakukan aktiviti hariannya iaitu selok saku, kerana wajahnya yang Nampak seperti orang yang jujur dan tidak bersalah serta cara percakapannya yang boleh membuat seseorang bersimpati keatasnya. Tujuan Azam melakukan aktiviti tersebut adalah untuk mencari wang lebih untuk membeli barangan gadget yang mahal, kerana dengan statusnya sebagai penduduk kawasan setinggan dan dari keluarga yang miskin, mana mungkin dia dapat memilikki barangan itu semua, dek kerana buntu dan keinginan hati yang tinggi Azam terpaksa melakukan kegiatan selok saku demi untuk memenuhi keinginannya itu. Lama-kelamaan kemudian kegiatannya itu telah dikesan oleh pihak berkuasa, dimana sewaktu di stesen LRT Azam telah dikejar oleh pihak berkuasa, secara tiba-tiba sewaktu sedang melarikan diri, Azam telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita, sehingga mengakibatkan Azam mendapat kecederaan yang amat parah.


SUGARBABE

Reen , berasal dari keluarga yang berstatus kurang berkemampuan yang menetap di kawasan penempatan setinggan. seorang pelajar ipt yang gagal menerima sebarang pinjaman untuk meneruskan, pembelajarannya di kolej. Dek kerana terdesak untuk melangsaikan hutang-hutang pembelajarannya serta ingin memilikki kehidupan yang sempurna, Reen terpaksa menggunakan rupa parasnya yang cantik dengan menjadi sugarbabe seorang tua yang kaya-raya. Reen, sebenarnya bukanlah mencintai si tua tersebut, tapi Reen menggunakan kekayaan si tua tersebut untuk memenuhi cita-citanya iaitu untuk melangsaikan hutang-hutang pembelajarannya di kolej dan memilikki hidup yang sempurna. Sehingga suatu ketika si tua itu meluangkan masanya di hostel reen,, tiba-tiba beberapa jam kemudian mereka berdua ditangkap khalwat oleh jabatan agama dan warden asrama


PUSHER

Zizi, seorang pelajar tingkatan 6 di sekolah menengah berusia 18 tahun. Zizi tinggal berseorangan di sebuah rumah setinggan tinggalan arwah keluarganya . Zizi sanggup berkorban apa saja demi teman lelakinya kerana semenjak pemergian keluarganya, teman lelakinya itulah yang menjadi penjaganya. Teman lelaki zizi merupakan seorang pusher yang kini sedang diburu polis. Kerana sayangkan teman lelakinya zizi sanggup menyembunyikan teman lelakinya dari buruan polis di kamar tidurnya sendiri dan zizi juga sanggup menjadi pusher demi untuk menggantikan tugas teman lelakinya yang kini sedang diburu polis. Sampai di suatu ketika zizi pula yang menjadi buruan polis kerana mengedar dadah yang berbahaya dan menyembunyikan teman lelakinya yang juga merupakan seorang pusher.




No comments:

Post a Comment