NUFF NANG

Tuesday, January 4, 2011

MUHAMAD TAUFIK BIN KAMARUDIN


Nama aku Muhamad Taufik Bin Kamarudin. Aku dilahirkan di Hospital Besar Bukit Mertajam pada tanggal 5 Januari 1990 hari jumaat jam 12.09 tengah hari. Abah aku bernama Kamarudin Bin Ahmad,beliau bekerja sebagai Pemotong Rumput Kontrak, manakala Mak Aku bernama Saadiah Binti Hamid,beliau merupakan suri rumah sepenuh masa dan pembuat dan penjual kiuh karipap,cucur badak dan donut secara kecil-kecilan. Aku mempunyai seorang Abang bernama Syahrulnizam Bin Kamarudin,beliau bekerja sebagai Posmen di Pos Laju. Aku juga seorang kakak bernama Shahrizanani Binti Kamarudin,beliau bekerja sebagai Akauntan di sebuah firma Akaun. Dan Aku ialah anak yang paling bongsu sekali.

Aku mendapat pendidikan awal di tadika kemas kampong sekolah juru kemudian di Sekolah Kebangsaan Juru untuk darjah 1 hingga darjah 6. Tamat saja darjah 6 aku melanjutkan pengajian aku di peringkat menengah di SMK Permai Indah dari Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 5. Tamat saja tingkatan 5 aku dipelawa untuk menyertai satu kurus bahasa inggeris selama 4 bulan di Kolej Teknologi Pulau Pulau Pinang, tamat saja kursus tersebut Aku menyambung pelajaran aku di peringkat diploma di Kolej Teknologi Antarabangsa Cosmopoint dalam Bidang Diploma Aplikasi Multimedia.

Pada tahun disember 2007, aku pernah berkhidmat di restoran Kentucky fried chicken autocity juru sebagai back-up (kitchen helper). Pada tahun 2010 pula aku berkhidmat sebagai pelajar latihan industry (practical) di Pusat Teknologi dan Pengajaran Multimedia Universiti Sains Malaysia.

No comments:

Post a Comment