NUFF NANG

Friday, January 7, 2011

TERTEWAS LAGI


Lihat kau termenung, bingung menyelubung
Hampa kecewa, di mana silapnya
Tak siapa mahu melihat kau berduka
Tak siapa mahu kau berputus asa
Mungkin belum masanya lagi
Oh bukakan hatimu untuk menerima
Cabaran kehidupan

Jangan menuding jari

Terutama ke arah diri sendiri
Telah diberi sepenuh hati
Namun nasib tak menyebelahi
Dan jangan rasa rendah diri
Kerna syukurlah bakat yang dikurniai
Dah jauh usaha bawa kau ke sini
Tak usah untuk dikesali

Moga ini pengalaman

Belajar dari kesilapan
Teruskan ke hadapan

Walau kau tertewas lagi

Tak bererti berakhir
Apa yang pernah diimpi
Takdir dah menjanji
Usaha kan diberkati
Gemilang akan menanti

Dah lumrah di dunia

Suara sumbang pasti akan kedengaran
Endahkan mudahnya berkata
Halamu bukan di tangan mereka
Tumpukan manakah kurangnya
Timbalah apa agar kan disempurna
Atasi dengan fikiran wajar
Cabaran yang datang menduga

Dalam perjalanan hidup

Adakala kau tersungkur
Jangan biar ia berkubur

Keyakinan kekunci mengatasi apa kelemahan diri

Pasti tiba nanti namamu bisa akan dijulang tinggi

No comments:

Post a Comment