NUFF NANG

Saturday, August 7, 2010

Tsunami (26 disember)


Tsunami

Kehadiranmu membawa seribu peristiwa

Kekecohan dan kejutan buat serata dunia

Yang membunuh berjuta manusia

Engkau,

Datang seperti liputan

Yang besar dan menghanyutkan

Pelbagai sumber serta khazanah

Yang penting bagi keperluan

Hidup manusia serata dunia.

Mengapa,

Mengapa 26 disember 2004

Menjadi pembunuh

Kepada insan-insan yang tidak berdosa

sedangkan Negara yang durjana

goyang kaki dan ketawa terbahak-bahak

tidak terlibat dan tidak menjadi

makananmu….tsunami….

Tsunami,

Ku mengerti

Kedatanganmu mungkin

Membawa satu pengajaran buat kami

Manusia yang lali dan alpa

Dengan keghairahan dunia

Yang berputar di paksinya

Tsunami,

Ku berharap

Dikau tidak hadir lagi di bumi ini

Buat selamanya

dan hingga akhir hayatku..

- Written in 2005


No comments:

Post a Comment