NUFF NANG

Tuesday, August 11, 2009

MY MATHS TEACHER ( THE TREATMENT )

Cerita ini mengisahkan tentang taufik seorang pelajar yang kerap mendapat markah yang tercorot dalam subjek mathematics. Dia juga selalu dimarahi dan ditegur dengan keras oleh guru matematiknya cikgu siti. Suatu cikgu siti memarahi taufik, kerana taufik tidak mendapat markah yang terbaik dalam subjek matematik dihadapan rakan-rakannya.

Setelah tamat saja sekolah, taufik telah pun menyambung pelajarannya di IPTS. Di IPT taufik telah Berjaya merangkul anugerah pelajar terbaik dalam jurusan dan memperolehi gred yang dan pointer yang tinggi dalam setiap semester. Ketika itu, taufik menanamkan satu niat dimana, dia ingin memberitahu cikgu siti bahawa kerana marah cikgu siti lah, taufik telah Berjaya menjadi pelajar terbaik.

Pada suatu malam taufik mendapat sms daripada rakannya, Muazmer. Muazmer mempelawa taufik mengikutnya bersama rakan-rakan berkuncung ke sekolah lama mereka. Lalu taufik bersetuju dengan pelawaan muazmer. Pada hari kuncungan tersebut, kehadiran taufik dan rakan-rakan disambut oleh guru-guru mereka antaranya adalah cikgu siti. Sewaktu di sekolah cikgu siti menegur taufik secara kasar dan bertanyakan apakah tujuan taufik datang pada hari itu. Ketika perasaan taufik yang mulanya gembira kemudian bertukar menjadi hampa kerana mungkin kehadirannya ke sekolah semula seperti tidak dihargai oleh cikgu siti. Tapi taufik tetap bersabar kerana dia amat menghormati cikgu siti dan dia juga ada sesuatu perkara yang diberitahunya kepada cikgu siti. Dek kerana menerima teguran yang kasar oleh cikgu siti, taufik membatalkan niatnya untuk memberitahu perkara itu kepada cikgu siti. Sebenarnya taufik ingin memberitahu kepada cikgu siti bahawa dia telah Berjaya meraih kejayaan sebagai pelajar cemerlang dalam jurusannya di kolej dan taufik juga ingin mengucapkan terima kepada cikgu siti kerana telah mendidiknya selama ini.

Masa berlalu dengan cepat sekali. Kini taufik telah pun melangkah ke alam pekerjaan dan kini dia juga telah Berjaya mencapai cita-cita besarnya dalam bidang yang diminatinya. Suatu malam, taufik berkesempatan berchatting dengan teman baik sekolahnya humairah yang kini telah pun menjadi seorang pensyarah bahasa inggeris di salah sebuah universiti. Ketika berchatting, humairah mempelawa taufik bersama rakan-rakan yang lain untuk berkunjung ke rumah cikgu siti menjelang hari raya. Sebagai panduan humairah memberikan alamat dan nombor telefon cikgu siti. Setelah mendapat nombor telefon cikgu siti daripada humairah, taufik cuba menelefon cikgu siti. Ketika menelefon cikgu siti, taufik tidak bercakap dan dia hanya mendengar seorang orang tua perempuan iaitu suara cikgu siti.

Hari raya telah pun tiba. Kawan-kawan taufik seperti muazmer,rohaizad, uzairah, naimmah dan humairah telah pun pergi berkunjung ke rumah cikgu. Cuma taufik sahaja yang tidak pergi. Sewaktu dirumah cikgu siti, ketika rakan-rakan sedang menjamah nasi briyani, cikgu siti bertanya sesuatu tentang taufik kepada rakan-rakan, kenapa taufik tidak datang bersama mereka. Lalu mereka pun memberitahu cikgu siti yang taufik mungkin sibuk dengan kerja kerana kini taufik telah mempunyai jawatan yang tinggi berbanding mereka. Cikgu siti mulai terkejut dan gembira setelah mendengar tentang keadaan taufik.

Tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki memberi salam dihadapan rumah cikgu siti. Tanpa membuang masa cikgu siti terus ke hadapan rumahnya untuk melihat siapa yang datang. Sebenarnya lelaki tersebut adalah taufik, dimana hadir ketika itu untuk berjumpa dengan grurunya dan memohon maaf kepada cikgu siti. Disana airmata taufik mengalir, melihat cikgu siti, taufik tidak sangka,cikgu masih lagi ingat akan dirinya lagi. Kerana sindiran dialah taufik kini telah Berjaya, tanpa sindiran dia entahlah apa akan jadi pada taufik pada hari ini. Sejauh mana kita pergi semakin dekat ingatan kita dengan mereka yang terdekat dengan kita.

No comments:

Post a Comment