NUFF NANG

Tuesday, August 18, 2009

KAD RAYA HANIM UNTUK HALIM ( TREATMENT )



this is my script for tv commercial..i think i want this commercial suitable for Pos Malaysia..because saya belum pernah tengok lagi iklan hari raya dari Pos Malaysia..

_________________________________________________________________________________________________

KAD RAYA HANIM UNTUK HALIM

Kisah ini bermula di sebuah sekolah, Halim merupakan seorang pelajar lelaki yang amat meminati seorang pelajar perempuan bernama Hanim baru sahaja berpindah ke sekolahnya. Kebetulan musim itu merupakan musim hari raya ,Halim terus menulis dan mengepos kad raya kepada hanim. Setiap hari, halim selalu menunggu posmen di depan rumahnya, dengan harapan untuk menerima kad balasan hari raya dari hanim, tapi malangnya tidak ada satu pun kad hari raya untuknya melainkan hari raya untuk kakaknya sahaja.

Keesokkannya pula, halim ke sekolahnya dan disana dia mendapati bahawa Hanim sudah berpindah sekolah dan tempat tinggal . Nasib Halim amat bertuah kerana semasa hanim berpindah, hanim ada meninggalkan sesuatu benda kepada rakannya supaya agar diberi kepada halim, benda itu ialah alamat tempat tinggal hanim yang baru. Dengan alamat halim terus menulis dan mengepos kad raya kepada hanim, Setiap hari, halim terus menunggu posmen di depan rumahnya, dengan harapan untuk menerima kad balasan hari raya dari hanim, tapi malangnya malangya hanim tidak membalas kad raya raya halim.

10 tahun kemudian, seorang posmen wanita telah datang ke rumah halim dan menghantar satu bungkusan kepada halim, lalu halim pun menerima dan membuka bungkusan tersebut di dalam rumahnya. Rupanya bungkusan tersebut tersebut datangnya daripada Hanim dimana dalam bungkusan tersebut mengandungi semua kad hari raya yang pernah dipos oleh halim kepada hanim, Halim begitu sedih dan hairan sekali mengapa Hanim berbuat begitu padanya. Tiba-tiba Halim berasa pelik mengapa posmen wanita tersebut datang kembali ke rumahnya, halim berasa amat curiga, lalu halim keluar dari rumahnya dan terus pergi berjumpa posmen tersebut. Bila halim berjumpa posmen wanita tersebut, posmen wanita itu memberi satu kad hari raya dan meminta halim membuka dan membaca kad raya tersebut, tanpa membuang masa halim terus membuka dan membaca kad raya tersebut dan tiba-tiba riak wajah halim yang sebentar menjadi sedih tiba-tiba bertukar menjadi gembira kerana kad raya merupakan kad raya kiriman Hanim kepadanya . Tiba-tiba posmen wanita itu terus membuka topi keledar dan memperkenalkan dirinya kepada halim. Halim terus terkejut apabila posmen wanita tersebut memberitahu kepada halim yang dia adalah Hanim, budak perempuan yang halim minati semasa di zaman sekolah dahulu. Setelah kejadian itu mereka terus berbual panjang dan ketawa mendengar kisah masing-masing yang dihadapi mereka semasa sekolah dahulu.



p/s : sesuai tak untuk Iklan Hari raya Pos Malaysia

No comments:

Post a Comment