NUFF NANG

Sunday, September 19, 2010

LOVE


Apa yang kita ingat

Dari kenangan-kenangan yang terkam oleh kita

Nama tempat

nama permainan

nama teman atau nama kejadian

adalah hal hal yang mungkin lambat laun bisa terlupa

tapi tidak dengan rasa

rasa senang

rasa sedih

yang akan terus kita bawa

tanpa mudah tercacar di sepanjang perjalanan kita

dan semakin kita dewasa kita akan menyedari

bahwa diantara kenangan-kenangan tersebut

ada satu rasa yang paling besar

yang menjanjikan kebahagian

menagih pengorbanan bersandarkan kesetiaan iaitu CINTA

yang akhirnya tersimpul jua

Kerna satu persatu cerita berhenti dan menjadi kenangan

Cinta terus bergerak seiring harapan yang menyertai dia

Cinta yang tak terlihat oleh mata

Tak tersentuh oleh tangan

Tapi dia ada bahkan sejak kita belum bisa mengucapkannya

Cinta yang sejati

cinta yang kita kira sudah pergi

ternyata Cuma bersembunyi

menunggu untuk kembali lagi



Wednesday, September 15, 2010

Allah Sedang Berbicara dengan mu

ini ialah cebisan dialoque yang aku kutip dari babak filem " Ayat-Ayat Cinta"..

SCENE PENJARA




Banduan

Dikeluarkan Dari Al-Azhar ..Hahahahaha…. Itu Bukan Kiamat Fahri…Hahahaha..Hey Bangun..Bangun Fahri..Bangun..Bangun Fahri….Bangun!!!!..


“Allah Sedang Membicara Denganmu Fahri, Allah Sedang Mengingatkanmu Untuk Tidak Sombong!!


Fahri

apa salah saya pada Allah


Banduan

istifhar Indonesia..istifhar…ingat lagi siapa dirimu!! Hahahahaha


“ apa yang telah kau lakukan selama ini hahahaha..tidakkah kau sombong fahri..


“ kau merasakan kau paling benar, kau merasa kau paling suci, bahkan dihadapan isterimu

Sendiri..hahahaha


“ kau ingat kisah Yusuf A.S dan Zulaikha…hahahaha…..zulaikha menuduh Yusuf

Memperkosanya…


“ padahal, dia sendiri yang tidak tahan dengan ketampanan Yusuf..hahahaha…


“ fitnah, itu semua fitnah fahri. Zulaikha memfitnah Yusuf memperkosa dia, hingga Yusuf

Dipenjara.


“ apakah Yusuf berontak ?, tidak fahri. Yusuf tahu Allah sedang berbicara kepadanya.


Kau mahu tahu apa yang dikatan oleh Yusuf,

kau mahu tahu apa yang dikatan oleh Yusuf ha!!!!..


“ kata Yusuf, “Ya Allah, jika memang kehidupan penjara lebih berarti bagiku

dari dunia luar, maka aku lebih memilih tinggal dipenjara tapi dekat denganmu,

daripada aku hidup bersama manusia pendusta.”


“ Allah sedang berbicara kepadamu tentang sabar dan ikhlas.”


“ sabar….ikhlas….itu Islam fahri.”






Sunday, September 5, 2010

THE STORY OF 10 TAHUN AKAN DATANG



DIPLOMA IN MULTIMEDIA APPLICATION,KLMU/CICT

© PROJECT DMA 2010,MUHAMAD TAUFIK BIN KAMARUDIN

SINOPSIS – 10 TAHUN AKAN DATANG

Video Pengumuman Khidmat Awam merdeka "10 Tahun Akan Datang" ialah merupakan video yang
menghimpunkan beberapa pandangan para pelajar sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum tentang impian hidup mereka untuk jangka masa sepuluh tahun akan datang menerusi pelbagai aspek seperti kehidupan, pekerjaan, pembelajaran dan sebagainya. Hal ini bersesuaian tentang tujuan video ini untuk mengetahui siapa diri pelajar dan di mana mereka berada dalam jangka masa sepuluh tahun akan datang.

Motif saya menggunakan pelajar sekolah kerana pada pandangan saya mereka merupakan insan yang belum lagi melangkah ke alam Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan alam pekerjaan. Selain itu, fikiran mereka juga masih lagi bersih kerana misi mereka ke sekolah hanya untuk belajar dan berkawan. Mereka juga merupakan bakal perintis ke arah untuk memertabatkan maruah negara kerana mereka mempunyai impian yang amat berfeadah untuk negara.

Di samping itu, saya memilih tajuk "10 Tahun Akan Datang" kerana pada masa sepuluh tahun akan datang Malaysia mencapai matlamat wawasan 2020 iaitu wawasan yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad. Beliau pernah menyatakan bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara yangmaju dan berdaya saing pada tahun 2020. Oleh itu, saya cuba mengambil ilham tersebut dan menggarapkannya semula menjadi lebih dekat pada kehidupan disekeliling kita.

Selain itu, setiap pandangan yang terdapat dalam video Pengumuman Khidmat awam ini membawa maksud yang tersirat dan perlu difikirkan. Sebagai contoh, setiap ibu bapa menyarankan anak mereka bekerja dengan sektor kerajaan kerana lebih terjamin. Juga, seorang wanita selalunya akan berkahwin awal untuk mengelakkan masalah andalusia atau andartu. Kadangkala kaum wanita dan lelaki lebih mementingkan kerjaya daripada hal lain dan suka memilih pekerjaan yang mempunyai kelas dan taraf tersendiri tanpa memikirkan kesannya nanti. Oleh yang demikian, hal ini jelas menunjukkan bahawa kita sudah mempunyai pelbagai persediaan untuk menghadapi kehidupan pada masa hadapan.

Kesimpulannya, semua orang mempunyai impian dan visi dalam hidup untuk sepuluh tahun akan datang tetapi kita juga harus fikirkan apa yang berlaku pada Malaysia dalam jangka masa 10 tahun akan datang. Mampukah kita untuk mencapai wawasan 2020. Moralnya, Sebagai seorang rakyat yang merdeka kita harus merancang kehidupan kita sejak dari awal lagi agar kita menjadi insan yang berjaya di masa akan datang. Begitu juga dengan negara kita Malaysia, kita harus menjadikannya sebagai sebuah negara yang produktif di masa akan datang dan berusaha mencapai matlamat wawasan 2020.

© PROJECT DMA 2010,MUHAMAD TAUFIK BIN KAMARUDIN

THE CAST OF 10 TAHUN AKAN DATANG










SCENE 1
shooting on 17/7/2010
location : taman botani pulau pinang
talent : Kak Fina






SCENE 2
shooting on 24 / 7/ 2010
location : Padang Kawad USM
talent : Skuad Palapes USM





SCENE 3
shooting on 24 / 7 /2010
location : R&R Bagan Ajam
talent : Nurin's Family





SCENE 4
shooting on 25 / 7 /2010
location : Banggunan MPSP PERDA
talent : Thawfiquez




SCENE 5
shooting on
location : MPP ROOM CICT
talent : -Shahrul, Din, Syamil


Friday, September 3, 2010

IKLAN ZAKAT : 7 RINGGIT MALAYSIA



Title : 7 Ringgit Malaysia

Directed,written & edited by Taufik Kamarudin

produced by budakgemuk

Talent :

- Shahriman Dzulkifli
- Mohd Afifudin
- Muhamad Taufik

Monday, August 9, 2010

Cita-cita & Impian


Kemanakah

yang harusku tuju

mencapai impian

Berjaya di masa akan datang

Masih adakah ruang untukku

Walaupun dugaan hidup ini

penuh dengan pancaroba

untuk mencapai impian

Tak sanggup

Aku biarkan cita-cita aku

Terpesong ke landasan yang lain

Untuk menemui impian yang sebenar

Tak sanggup aku membiarkan masa menungguku

Untuk Berjaya dimasa akan akan datang

Aku dan kamu

Harus bangkit mengejarnya.

4/11/2003